Thursday, April 28, 2011

The Doors




Pernah?
Dalam folder, ada folder,
Dan dalam setiap folder itu,
Ada puluhan folder,
Dalam puluhan folder,
Ada ratusan folder lagi,
Dan dalam setiap itu,
Ribuan lagi folder,
Yang belum ditatap isinya,
Masih,"Mana fail aku ni?"


Apa kata?
Setiap klik itu,
Merupakan pilihan,
Untuk jalan yang lebih banyak,
Yang terucap di lidah,
Meminta jalan yang lurus,
Antara fail yang tercari dicari,
Atau fail yang menambah keterujaan,
Menambah kehambaan pada tuhan


Apa kata?
Jika di setiap keseratus klik yang ditekan,
Fail porno engkau terjumpa,
Maka setiap kali itulah perlu putuskan,
Sikap yang patut terhadapnya,
Dan jika di setiap keseratus kali itu,
Barang baik yang kau terjumpakan,
Maka setiap kali itulah,
Perlu putuskan perlu manfaatkan


"Maka dia mengilhamkannya kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaaannya"
As-Syams:8


Untuk baik dan jahat,
Kita hanya alat
kan?




sumber gambar 1 gambar 2

Saturday, April 16, 2011

Logika

Alhamdulillah. Setakat ini, dalam hidup ini, aku masih lagi diuji. Masih diberi peluang untuk berbuat apa-apa yang patut sebelum ruhku dipecat dari jasad.

####################################################################

Anda diberi masa 1 minit untuk siapkan jawapan.

Bermula sekarang !

Cari nilai X.

14+20 = X

78+36 =X

38+222 =X

X +88 =99

x(87+4)=7



Berhenti. Masa sudah tamat.

Masa menulis sudah tamat.

Sila simpan jawapan anda atau postkan jawapan anda di bawah.

Terima kasih.

Okeh. Sebenarnya, kita ada persamaan yang teramatlah jelas.

Kita sangat-sangat faham akan 1+2=3

Kita sangat faham akan 6-4=2

Dan sahaja nombor yang didarabkan dengan 0 akan menghasilkan 0.

Titik pertemuan kita pada yang asas. Yang semua orang faham dan setuju.

Maka terhasillah soalan-soalan matematik yang lain.

5+6 menghasilkan 11

Dan 56 tambah 34 bersamaan dengan 90.

Namun semuanya berasaskan prinsip asal, prinsip sejak sekolah rendah.


Hash Two O



Baldi air tersusun rapi di sebelah dinding yang dicat putih.

Lalu anda ambil baldi yang berwarna merah berhampiran pintu keluar.

Tangan kanan anda mengangkat baldi itu ke mulut paip.

“Whoooshhh”, air menuruni dengan derasnya. Kuat sangat paip itu.

Perlahankan sikit. Isi sampai penuh.

Sesudah itu, anda pun mencari-mencari tangga dan memanjatnya sehingga anda berada pada kedudukan 0.5 meter dari aras lantai.

Haa, lompat sekarang.

Sudah?

Okeh. Simpan sebentar memori itu sebab ianya penting dalam post ini. Jangan buang.

Cuba anda ambil semula baldi berisi air tadi dan letakkan pada ketinggian yang sama. Cepat-cepat terbalikkannya.

“Whoosh”.

“Apa ni, dah basah dah baju aku!”

Kawan anda (out the blue) yang sejak tadi geli hati melihatkan perlakuan anda (berdasarkan arahan tadi) gelak terbahak-bahak. Ops, dia juga perasan suatu perkara. Apabila anda melompat tadi, seluruh badan anda jatuh ke bumi dan masih kekal sama. Hidung tak jatuh, pipi tak pecah dan biji mata tak terkeluar dari tempatnya. Air yang jatuh dari baldi tersebut lain pula kisahnya. Jatuh bercucuran seolah-olah setiap butiran yang turun tiada kaitan dengan butir-butir air yang lainnya.

Kenapa air tak jatuh macam kita?

Kenapa air tak jatuh macam ais?

Padahal air dan ais terdiri daripada elemen yang sama.

Boleh bayangkan bagaimana jika air yang kita minum 'mengalir' seperti ais?

Bagaimana agaknya kesan air hujan yang turun sebiji-sebiji?

(membayangkan 20 meter padu air dalam bentuk kiub gergasi, jatuh menghempap sebuah rumah)


Berbezanya kita dengan sebahagian besar makhluk-makhluk lain. Matahari yang sentiasa memberikan pancarannya tidak pernah berhenti dari tugasnya. Bumi pula tak pernah aku degar cerita ia berhenti beredar. Hampir semuanya mematuhi arahan dari Pemilik mereka.


Ape Cerita Manusia?

Ape kisahnya kita?

Apa kes dengan akhlak kita?

Apa kes kerja-kerja kita?

Apa kes barang-barang yang kita punya?

Lalai tak kita dengannya?

Tambah tak khusyuk kita denganNYA?

*Ada aku kisah?

Daripada sebesar bukit kepada sekecil-kecil atom banyak sangat logik yang sudah kita ketahui. Serius banyak! Namun yang berjaya lakukan terlalu sedikit.

Bila amalan zahir batin aku perincikan, rupa-rupanya banyak sangat kelemahan. Lompong-lompang usah cerita, apatah lagi tahi-tahi busuk. Bila diberi tugas, jarang melaksanakannya dengan baik. Sekadar lepas batuk di tangga. Kadang-kadang setakat untuk meraih pengalaman dan jaringan kawan tetapi hasilnya kurang memuaskan.


Sekolah dan Kampus


#1 “Oh, Ihsan maksudnya begini begitu. Itu saja jawapan yang kau boleh dapat full mark, aku tengok skema jawapan cikgu tadi.”


University College London


#2“Alamak, esok dah lah ada kuiz siap kena hantar dengan lecturer tu lagi, Dah la ada report lagi aku tak hantar lagi ni. Nak esok juga.”.“Kau nak ‘pinjam’ aku punya report dulu ke? Tapi kau tolong hantarkanlah ye.”

Gagal manusia dalam taat, perkara biasa.

Agaknya, bila sudah dapat rasa waktu-waktu matahari tidak lagi memainkan peranannya, bagaimana sikap mereka? Bagaimana sikap kita?

Jika logik Matematik yang paling asas ialah nombor, tolak , tambah , bahagi dan darab, maka bagi kita, tentulah prinsip yang paling logik ialah syahadatain. Prinsip-prinsip dan idea-idea busuk lain akan tersungkur di hadapan kita dan gagal dibela kerana lemahnya tipu daya syaitan dengan syarat ilmu logik paling asas ini sudah mantap dalam diri, insya Allah. Akar kena cukup dalam agar kita dapat ambil nutrien penting untuk tumbesaran diri. Nutrien ini juga yang akan bantu kita untuk menghasilkan buah yang berkualiti kepada pemetik-pemetik buah seizin Allah.

Mudah-mudahan konsisten menjadi lebih baik dan menjadi yang terbaik di masa-masa mendatang.

Tuesday, April 12, 2011

Bro Tak Jahat Mana

Bro,
Aku tengok kau seronok je setiap hari,
Muka senyum je selalu,
Best tengok kau gelak-gelak,
Selalu juga tengok kau ceria,
Macam keseronokan tiada tarikh luput,
Hari-hari hari bahagia

Tapi bro,
Itu masa mula-mula kita jumpa,
Waktu minggu pertama,
Lama-lama,
Aku cuba kenali kau,
Muka kau sentiasa ceria,
Teruja bila main game,
Main-main,
Sampai nak dekat habis waktu solat,
Baru kau solat,
Bukan kau tak dengar azan,
Maaf, speaker laptop kuat agaknya,
Akhirnya memang kau bukan salah,
Sebab selalunya kau solat,
Sepantas Usain bolt meredah 100 meter.
Setidak-tidaknya kau solat, kan?

Aku lihat kau baik,
Tak buat jahat aniaya,
Tak kisah main game sampai malam pekat,,
Mengantuk mata kau,
Aku kagum dengan ketahanan itu,
Sampai hampir subuh kau berqiamuallail,
Untuk game seronok-seronok,
Untuk video best-best ,
Rela kau berkorban,
Melawan nafsu tidur.
Tahniah jika,
Suatu hari nanti,
Engkau sudah memikirkan,
Sudah mampu mengalirkan pengorbanan,
Ke arah yang lebih baik.

Saturday, April 2, 2011

Un Zoor!



Tadi aku tonton TV. Dalam siaran itu terselitlah sekelumit iklan yang menampar aku untuk berfikir.

Begini, iklan ini sebenarnya mengketengahkan Episod Percintaan a.k.a Love Story. Sejujurnya, aku tak ambil pusing sangat. Iyalah, barisan para pelakonnya terdiri daripada artis-artis Korea. Aku kurang berminat terhadap Ceritera Korea bertemakan Cintan-Cintun. Saya jenis yang begitu.


Kebiasaanya, cerita-cerita cinta versi korea berputar dalam skop yang sama. Pejabat, bisnes, orang muda-mudi, hiburan dan sebagainya. Mungkin ada namun tak semua mampu untuk mengangkat martabat akal lebih tinggi. Yang menariknya tentang iklan itu ialah watak utama, lelaki, suatu hari, matanya telah mengalami kerosakan. Kerosakan yang bukan biasa-biasa. Kerosakan itu menyebabkan apa sahaja benda yang lawa akan diterjemahkan ke dalam mata, lalu berubah buruk dan ditafsirkan minda sebagai suatu yang hodoh. Manakala yang suatu benda yang hodoh pula, lain pula ceritanya. Imejnya dipantulkan ke mata lalu imej itu berubah cantik dan ditafsirkan sebagai lawa. Akibatnya, tak lama kemudian, si hero terserempak dengan si heroin yang disangkanya lawa namun sebenarnya hodoh. Haha.

Ashraf : Izu, Im! Cuba tengok ni. Huiyooo!

Izu : Eleh kita pun ada. Nah, tengok transparent cup kita. Lalala

Im : Fuiyoo. Korang punyer straw memang jadi besar ke bila kat bawah air?

Ashraf: Mesti korang nak tau kan kenapa straw bila kat dalam air, besar, tapi bila tak duduk dalam air, kecik je.

Im :OH, aah, semalam kita baru belajar. Cikgu kata sebab pembiasan cahaya. Kan,kan,kan? Tapi pembiasan cahaya tu apa? Lupa la.






Ashraf: Pembiasan cahaya berlaku bila cahaya bergerak dari medium yang berlainan. Sedikit sebanyak, cahaya yang kita nampak, akan terpesong sikit daripada yang asal.

Izu: Sebab tu saiz straw sebenar dengan straw bila kat dalam air lain, ye ke, ke lain?

Im : Hmm.Betullah tu. Kalau apa yang cikgu sekolah tu ajar betul, betullah kot.

Bila diteliti kembali iklan korea itu, ada sesuatu yang menyebabkan si hero ‘hilang’ minat terhadap wanita yang cantik-cantik dan barang yang cantik-cantik. Ada benda yang menyebabkan beliau mengalihkan pandangan atau arah atau matlamat pada perkara lain yang sekaligus mengubah hidupnya. Malangkah nasibnya? Entah.

Ada suatu yang mengubah pandangan budak tiga orang tersebut terhadap sebatang straw. Berbeza saiznya bila diletakkan di dalam air berbanding apabila ianya masih bergerak bebas di udara. Apa pandangan anda? Adakah salah cikgu yang mengajar ? Atau salah ibu bapa yang tak berhenti mendidik?

Sungguh unik. Cukup hebat. Bila Umar Al-Khattab masih lagi dibawah tekanan jahiliyah, hidupnya penuh dengan jenayah. Namun, apabila kefahaman cara hidup yang jitu memimpin hatinya, Islam bangkit menjulang. Siapakah yang cukup berani untuk tampil kehadapan memenggal lehernya apabila beliau melafazkan keislamannya secara terbuka. Boo. Sepatah suara tiada.

Hero korea tersilap pilih awek.

Straw yang asyik berubah-ubah saiz.

Umar bertukar cara hidupnya,

Semuanya mengalami perubahan pandang sisinya.

Ada yang ke longkang, ada yang ke syurga.

Jadi, ada apa-apa yang boleh mengubah pandangan anda seperti mereka?

Kalau baik apa salahnya, kan?

Akhirul kalam,

Apa pandangan anda?