Kerja aku menyusah,
Kerabat keluarga saudara-mara,
Sahabat handai jiran tetangga
Dulu aku budak sampah,
Tinggal solat perkara biasa,
Menjadi sampah paling sampah,
Terbuang masa masih bahagia rasanya,
Sampah sarap merata-rata,
Simbol aku dahulu kala,
Hina dina tak berguna,
Nafsu; jarang kumungkiri hasratnya
Kemudian sampah mahu berubah,
Penat hatinya menjahat tak sudah,
Kerna pernah merasa nikmat kebaikan,
Takkan terluput dek ingatan,
Sampah jujur mahu berubah,
Golongan baik dijadikan arah,
Diteroka diperdalam masalah,
Selesai segera yang mudah yang susah.
Sampah masih berubah semampu usaha,
Naqib, keluarga, kawan semua membantu,
Menyingkirkan berhala-berhala di dalam dada,
Menjadi hamba setulus mahu
Sampah bangga dikitar semula,
Menyumbang manfaat buat kali ke berapa,
Dan matlamatnya jelas ke mana,
Bersedia untuk tujuan dicipta.
kitar semula jom
ReplyDelete