Sunday, June 12, 2011

Hidayah Peluk Pakcik

Maaf.
Post ini telah melanggar terlalu banyak peraturan dan undang-undang Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tiada uncut, unshared and unedited version of this story.
Sila halakan puji maki ke ruang komen.
Terima kasih.





Ahad lepas,
Masa orang ramai beristirehat, terlantar di kamar masing-masing.
Ternganga di atas katil.
Ada segolongan daripada mereka yang masih berada di masjid sesudah solat Subuh.
Antaranya ialah kami.
Alkisah,
Aku yang bidang terjun lead baca mathurat (walaupun sebenarnya tak lead pun) pun memulakan istia'zah. Tangan aku pula mangambil kertas mathurat yang tersedia (ada orang letakkan) dengan agak kemas dan awesome. Orang lain dalam bulatan riang itu pun sibuk nak ikut juga.

Walaupun slow membacanya, alhamdulillah, kami sempat menghabiskannya. Okeh, permulaan tadi memang nak bagi anda mengantuk dan tidur supaya lebih bersedia kerana cerita yang sebenar akan bermula di perenggan seterusnya. Chaiyok!

Actually, usai sahaja kami baca al-mathurat yang majoritinya terdiri daripada doa-doa yang ma'tsur daripada Nabi s.a.w dan disusun oleh Imam Hasan Al-Banna, ada slot tazkirah yang memang sudah diset.

"Kita mestilah ...bla bla bla....bla bla.. bla ... sebab... bla..bla" dan seterusnya.

"Okeh, ada sapa-sapa nak tambah?"

Kemudian aku merapu sikit (tazkirah) bla bla bla.... sampailah

"Pak Cik setuju dengan korang buat benda cenggini..."

Tiba-tiba ada pakcik yang nak join sekaki. Dahlah tak kenal, muka pun tak pernah nampak. Namun kami raikan sahaja.

Jarak bulatan kami dengan Pak Cik uh dalam 2 meter dan sebenarnya dia baru habis baca Quran.

"Dulu nak, pak cik ada segala2nya. Cakap je, pangkat, harta, semua hebat2 belaka. Tapi satu yang pakcik menyesal, pak cik tak buat macam kamu buat sekarang ni masa pak cik muda2 dulu. Pak cik menyesal sangat, menyesal sangat"

Aku cuba menghayati makna kata-katanya.
Dan merelatekan dengan diri sendiri.
Aku kena lagi bersungguh-sungguh nampaknya.
Kami kena mesti lagi bersungguh-bersungguh.
Kita sekali lah en...


"Pak cik dah lalui dah apa yang akan korang lalui. Berjaya dalam pelajaran, berjaya dalam pekerjaan. Pak cik belaja kat England. Woh, time tu kalau belajar di England, memang rasa gah"


"Pak cik ada beberapa orang anak. Semuanya pak cik hantar pergi sekolah di England. Ada yang dah rosak , tapi suatu hari tu, anak pak cik yang perempuan kena rasuk. Pak cik baca yasin depan2 dia, namun, dia gelak. Pak cik kata, ini tak boleh jadi ni , aku dah baca yasin depan dia , pastu dia boleh pulak gelak. Patutnya meraung, pastu lari sambil badan terbakar"

Tinggi gilla imaginasi. Layaaannn...

"Dia kata kat pak cik, tajwid pun salah, nak baca. Haha (sf*gelak jahat tahap Pikor) .Pak cik kata kat dia, tak apa, aku pergi Mekah, aku doa kat Tuhan. Pak cik pun pergilah kes sana dan berdoa untuk belajar Quran (dan mungkin doa-doa lain). ...."

Cerita ini bukan karut ya. Ianya logik memandangkan pak cik ini sangat hartawan dan mampu belanja anytime he likes to.


Lepas-lepas tu, pak cik tu berjumpa seorang Ustaz yang memang sudah pun bersedia mengajar. Allah mudahkan. Masa-masa berlalu dengan pengislahan diri. 5 tahun belajar quran. Anak dia yang tadi uh (sudah ok) pun ikut sikit -sikit ayahnya berubah. Keteladanan itu didahulukan.


Ramai ibu bapa yang mahu yang terbaik anak-anaknya. Jika neraca setakat akademik, memang silap besarlah. Alhamdulillah, ramai ibu bapa yang mementingkan agama dalam hidup anak-anaknya.

Mereka-mereka yang sudah ditarbiah, menyuburkan lagi tarbiah, agar orang lain pun dapat mengecap nikmatnya, cantik bukan?
Memang benar, orang yang paling ramai tertipu dengan kematian ialah orang muda.


Rugi tak ambil nombor telefon pak cik uh...

No comments:

Post a Comment