Alhamdulillah. Setakat ini, dalam hidup ini, aku masih lagi diuji. Masih diberi peluang untuk berbuat apa-apa yang patut sebelum ruhku dipecat dari jasad.
Anda diberi masa 1 minit untuk siapkan jawapan.
Bermula sekarang !
Cari nilai X.
14+20 = X
78+36 =X
38+222 =X
X +88 =99
x(87+4)=7
Berhenti. Masa sudah tamat.
Masa menulis sudah tamat.
Sila simpan jawapan anda atau postkan jawapan anda di bawah.
Terima kasih.
Okeh. Sebenarnya, kita ada persamaan yang teramatlah jelas.
Kita sangat-sangat faham akan 1+2=3
Kita sangat faham akan 6-4=2
Dan sahaja nombor yang didarabkan dengan 0 akan menghasilkan 0.
Titik pertemuan kita pada yang asas. Yang semua orang faham dan setuju.
Maka terhasillah soalan-soalan matematik yang lain.
5+6 menghasilkan 11
Dan 56 tambah 34 bersamaan dengan 90.
Namun semuanya berasaskan prinsip asal, prinsip sejak sekolah rendah.
Hash Two O
Baldi air tersusun rapi di sebelah dinding yang dicat putih.
Lalu anda ambil baldi yang berwarna merah berhampiran pintu keluar.
Tangan kanan anda mengangkat baldi itu ke mulut paip.
“Whoooshhh”, air menuruni dengan derasnya. Kuat sangat paip itu.
Perlahankan sikit. Isi sampai penuh.
Sesudah itu, anda pun mencari-mencari tangga dan memanjatnya sehingga anda berada pada kedudukan 0.5 meter dari aras lantai.
Haa, lompat sekarang.
Sudah?
Okeh. Simpan sebentar memori itu sebab ianya penting dalam post ini. Jangan buang.
Cuba anda ambil semula baldi berisi air tadi dan letakkan pada ketinggian yang sama. Cepat-cepat terbalikkannya.
“Whoosh”.
“Apa ni, dah basah dah baju aku!”
Kawan anda (out the blue) yang sejak tadi geli hati melihatkan perlakuan anda (berdasarkan arahan tadi) gelak terbahak-bahak. Ops, dia juga perasan suatu perkara. Apabila anda melompat tadi, seluruh badan anda jatuh ke bumi dan masih kekal sama. Hidung tak jatuh, pipi tak pecah dan biji mata tak terkeluar dari tempatnya. Air yang jatuh dari baldi tersebut lain pula kisahnya. Jatuh bercucuran seolah-olah setiap butiran yang turun tiada kaitan dengan butir-butir air yang lainnya.
Kenapa air tak jatuh macam kita?
Kenapa air tak jatuh macam ais?
Padahal air dan ais terdiri daripada elemen yang sama.
Boleh bayangkan bagaimana jika air yang kita minum 'mengalir' seperti ais?
Bagaimana agaknya kesan air hujan yang turun sebiji-sebiji?
(membayangkan 20 meter padu air dalam bentuk kiub gergasi, jatuh menghempap sebuah rumah)
Berbezanya kita dengan sebahagian besar makhluk-makhluk lain. Matahari yang sentiasa memberikan pancarannya tidak pernah berhenti dari tugasnya. Bumi pula tak pernah aku degar cerita ia berhenti beredar. Hampir semuanya mematuhi arahan dari Pemilik mereka.
Ape Cerita Manusia?
Ape kisahnya kita?
Apa kes dengan akhlak kita?
Apa kes kerja-kerja kita?
Apa kes barang-barang yang kita punya?
Lalai tak kita dengannya?
Tambah tak khusyuk kita denganNYA?
*Ada aku kisah?
Daripada sebesar bukit kepada sekecil-kecil atom banyak sangat logik yang sudah kita ketahui. Serius banyak! Namun yang berjaya lakukan terlalu sedikit.
Bila amalan zahir batin aku perincikan, rupa-rupanya banyak sangat kelemahan. Lompong-lompang usah cerita, apatah lagi tahi-tahi busuk. Bila diberi tugas, jarang melaksanakannya dengan baik. Sekadar lepas batuk di tangga. Kadang-kadang setakat untuk meraih pengalaman dan jaringan kawan tetapi hasilnya kurang memuaskan.
Sekolah dan Kampus
#1 “Oh, Ihsan maksudnya begini begitu. Itu saja jawapan yang kau boleh dapat full mark, aku tengok skema jawapan cikgu tadi.”
University College London
#2“Alamak, esok dah lah ada kuiz siap kena hantar dengan lecturer tu lagi, Dah la ada report lagi aku tak hantar lagi ni. Nak esok juga.”.“Kau nak ‘pinjam’ aku punya report dulu ke? Tapi kau tolong hantarkanlah ye.”
Gagal manusia dalam taat, perkara biasa.
Agaknya, bila sudah dapat rasa waktu-waktu matahari tidak lagi memainkan peranannya, bagaimana sikap mereka? Bagaimana sikap kita?
Jika logik Matematik yang paling asas ialah nombor, tolak , tambah , bahagi dan darab, maka bagi kita, tentulah prinsip yang paling logik ialah syahadatain. Prinsip-prinsip dan idea-idea busuk lain akan tersungkur di hadapan kita dan gagal dibela kerana lemahnya tipu daya syaitan dengan syarat ilmu logik paling asas ini sudah mantap dalam diri, insya Allah. Akar kena cukup dalam agar kita dapat ambil nutrien penting untuk tumbesaran diri. Nutrien ini juga yang akan bantu kita untuk menghasilkan buah yang berkualiti kepada pemetik-pemetik buah seizin Allah.
Mudah-mudahan konsisten menjadi lebih baik dan menjadi yang terbaik di masa-masa mendatang.
No comments:
Post a Comment