Putarkan aku lagu cinta,
Aku masih impikan kedamaian,
Aku inginkan ketenangan,
Aku terlalu impikan penyatuan,
Memimpin hidup menuju bahagia,
Dodoikan aku lagu cinta,
Anak-anak Palestin pasti memerlukannya,
Kanak-kanak sedunia sering menyanyikannya,
Warga banduan pasti ketagih,
Sungguhpun intinya belum mereka rasai.
Putarkan untuk aku,
Gemersik menghormati,
Gemersik berkasih sayang,
Gemersik bersangka baik,
Ketika manusia bersosial aib dan benci.
Perdengarkan aku lagu jiwang
Aku masih mengharap maafNya
Aku mahu rahmatNya sentiasa
Inginku merasai mencintaiNya
Paling dalam.
No comments:
Post a Comment