Thursday, May 19, 2011

The Cataracts

Tersembam.

"Habis, siapa yang sepak bola semalam kat aku kalau bukan kau?" tengking Amir

"Tak. Tak. Mana ada.Er, budak yang pakai spek mata kecil-kecil tu yang sepak sebenarnya" Rahim cuba back up dirinya.

"Hello, budak tu muka punyalah suci, baik takkanlah nak sepak bola tu kt aku kot. Dia dahlah kaki bangku"

"Betullah dia. Saya nampak dia..."

"Ah! Kau memang nak kena..."

Krak!

Rahim tersembam lagi.

"Lain kali, tepon mak ayah dulu sebelum cari pasal, ada paham ?"

Rahim menyaksikan dirinya tidak bersalah.

Dia menyaksikan sendiri, kawannya menendang bola tersebut.

Kawannya memang tersilap tendang, lalu bola terkena pada kepala Amir.


Di sudut lain, Amir kurang pasti dengan tindakannya yang menyebabkan Rahim tersembam ke lantai.

Waktu itu yang difikirkan amarahnya mesti dilunaskan dengan cara itu.

Kesian Amir. Dia mengalami cataracts yang teruk.

Selalunya, bagi mereka yang rabun, dinasihatkan untuk memakai cermin mata.
Namun bagi kes seperti cataracts (antara faktornya ialah merokok), ianya tidak boleh diselesaikan dengan cara yang sama. Bukan sesuatu yang best untuk menghidap penyakit sebegini.

Oh.Cuma kali ini bukan mahu bercerita tentang mata. Bahkan, hati Amir yang sebenarnya sudah dihinggapi virus penyakit itu. Yang memang ramai manusia ada.

Amir memandang cermin. Melihat dirinya yang sedang bersiap untuk solat. Dalam 35 langkah lagi, sampailah dia ke masjid, insya Allah."Perlu ke aku tumbuk dia tadi. Perlu ke aku tengking-tengking sampai memalukan dia dihadapan semua". Waktu itu, dia mengambil peluang untuk rasionalkan kembali diri. Kalau nak harapkan dia mempunyai hati yang suci murni betul-betul sebelum dia menumbuk budak uh, hm, sorry to say lah.

MIMPI SEMUA TU!


Susah sebenarnya nak kawal marah. Hanya orang yang benar-benar gagah sahaja dapat menahannya.Pergh, tabik spring!

Gara-gara cataracts hati manusia boleh jadi musuh sesama sendiri. Dengki sebab harta. Sangka-sangka buruk. Gagal kawal nafsu. Tak ramai yang sedar bahawa diri mereka menghidap cataracts hati melainkan mereka sendiri mendiagnosis hati masing-masing.

Ataupun nak relax, tunggu kejap...



"Maka tunggulah pada hari ketika langit membawa kabut yang tampak jelas"
QS 44:10